Bayi Dikelar, Dijadikan Korban Dalam Gereja

MADRID – Seorang wanita berusia 36 tahun ditahan di selepas ‘mengorbankan’ bayinya di atas pentas sebuah gereja kecil di tengah Sepnyol petang tadi.

 

Menurut polis, kejadian berlaku La Villa de Don Fadrique, sebuah pekan berpenduduk kira-kira 4,000 orang berhampiran bandar Toledo.

 

“Dia membunuh bayinya dalam gereja kecil itu dengan mengelar leher mangsa,” kata jurucakap polis tetapi tidak menyatakan usia anak mangsa namun difahamkan masih bayi.

 

Polis juga menemui pisau yang digunakan di tempat kejadian.

 

Wanita itu yang juga mempunyai anak lain ditahan ketika berlindung dalam gereja dan menurut media tempatan, dia mempunyai masalah mental. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.