Arul Kanda Yakin 1MDB, Dapat Dipulihkan Dalam Masa 6 Bulan

Kuala Lumpur – 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) mene­gaskan, syarikat tersebut berada di landasan betul untuk memenuhi objektif pembangunan strategiknya.

 

Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy berkata, perkara tersebut boleh dilihat daripada per­kembangan positif pro­jek-projek dilaksanakan syarikat berkenaan ketika ini.

 

Sebagai contoh, kata beliau, penjualan tanah di Tun Razak Exchange (TRX) kini mengikut pe­rancangan asal dengan kemasukan senarai pembelian seluas 6.9 hektar daripada 28 hektar keseluruhannya.

 

Katanya, penjualan tanah tersebut melibatkan Kumpulan Mulia, iaitu sebuah syarikat terkemuka Indonesia dan Affin Bank Bhd. (Affin Bank) yang bercadang membina ibu pejabatnya di situ.

 

“Jadi, pelan itu berterusan. Stesen janakuasa juga kita laksanakan. Kita mengeluarkan bekalan elektrik setiap hari sebanyak 5,500 me­gawatt,” katanya da­lam rancangan Soal Jawab di TV3 malam ini.

 

Beliau juga optimis bahawa 1MDB boleh di­pulihkan dalam tempoh enam bulan, bersesuaian dengan keadaan semasa syarikat dan juga pasaran.

 

Dalam pada itu, Arul Kanda ber­kata, 1MDB menjadi syarikat yang paling ba­nyak disiasat di negara ini oleh Bank Negara Malaysia (BNM), polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jawatankuasa Ki­ra-kira Wang Negara (PAC) terma­suk siasatan-siasatan lain

 

Namun begitu, katanya, 1MDB sentiasa terbuka untuk siasatan oleh mana-mana pihak.

 

“Cabaran utama 1MDB ketika ini adalah untuk menstabilkan situasi kewangan syarikat dengan menyelesaikan hutangnya dan berharap dapat menjana pendapatan dan operasi serta keuntungan pada ma­sa akan datang,” kata beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.