Video: Nik Aziz Kagum Dengan Tun Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad ialah pemimpin yang dihormati umat Islam di seluruh dunia kerana kelantangan beliau menyuarakan penentangan terhadap penindasan dan kezaliman yang dideritai penduduk dunia terutama di Palestin dan Bosnia Herzegovina.

Sewaktu masih bergelar Perdana Menteri, beliau terkenal tidak gentar mengkritik Barat dan kuasa besar atas sikap dwi-standard terhadap apa yang berlaku di negara Islam dan Dunia Ketiga, sehingga Dr. Mahathir dianggap mewakili suara mereka.

Paling mengharukan apabila usaha berterusannya itu turut diktiraf oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat walaupun kedua-dua pemimpin ini berbeza ideologi politik.

Nik Aziz ketika hadir pada Majlis bersama Tokoh tersebut pada tahun 2006 berkata beliau amat mengkagumi pimpinan Tun Mahathir yang disifatkan sebagai satu-satunya pemimpin Islam dunia yang paling lantang menentang Yahudi.

Malah selepas bersara daripada jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia keempat, beliau tetap meneruskan khidmat baktinya di arena antarabangsa dengan menubuhkan dua Yayasan – pertama, Perdana Global Peace Foundation, PGPF (Yayasan Keamanan Global Perdana) dan kedua, Kuala Lumpur Foundation to Criminalise War, KLFCW (Yayasan Menjenayahkan Perang Kuala Lumpur).

Yayasan yang pertama (PGPF) sering mengadakan beberapa persidangan, forum, wacana, dialog serta pameran di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi mencari penyelesaian konflik dan peperangan yang melanda dunia masa kini dan mewujudkan serta dan mengekalkan keamanan sejagat.

Yayasan yang kedua (KLFCW) mengambil beberapa langkah berani lebih jauh lagi dari situ. Yayasan ini telah menubuhkan dua organ dalaman yang berasingan, iaitu pertama Kuala Lumpur War Crimes Commission, KLWCC (Suruhanjaya Jenayah Perang Kuala Lumpur) dan kedua Kuala Lumpur War Crimes Tribunal, KLWCT (Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur).

Ekoran kelantangan itu itu juga, barat khususnya regim Zionis malabelkan Mahathir sebagai ‘Tokoh Anti-Semitik’.

“Jika (mereka) mahu melabelkan saya (sebagai) anti-Semitik, maka saya berbangga menjadi anti-Semitik walaupun istilah anti-Semitik itu tidak tepat” katanya.

Tun Dr Mahathir merujuk kepada “TOP 10 ANTI-SEMITIC SLURS” OF 2010″ yang dikeluarkan oleh The Simon Weisenthal Centre, 15 Disember 2010.

Mahathir Anti Israel

 

 

 

 

 

 

 

“Saya bukan anti-Semitik, sebab saya tidak menentang orang-orang Arab dan manusia Semitik yang lain atau menentang rakyat Yahudi yang menolak Zionisme.

“Saya hanya menentang ketidakadilan, penindasan yang tidak berperikemanusiaan dan keganasan yang haram” katanya lagi.

Tun Dr Mahathir sebelum ini secara konsisten mengutuk kekejaman Israel apabila mereka melanggar undang-undang antarabangsa dengan mengepung secara haram umat Islam Palestin di Gaza, melakukan serangan dan merampas kapal Mavi Marmara dan Rachel Corrie di perairan antarabangsa, membunuh sembilan orang pekerja bantuan Turki , dan menyekat bantuan perubatan, bahan binaan dan makanan kepada rakyat yang sengsara di Gaza.

Terbaru blog Dr Mahathir telah disekat daripada masuk ke dalam akaun Facebook selepas beliau menyiarkan artikel ‘The Jews’ yang menyentuh isu Yahudi dan peperangan di Gaza antara Palestin-Israel.

Menurutnya, beliau sudah menukar “server” dan “platform” sebanyak tiga kali tetapi cubaan menyekat blognya masih ada dan itu tidak termasuk serangan spam dan virus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.