Sheera Iskandar Terkilan Dikritik Peminat, Kerana Berhijab

Sejak dua tiga menjak ini dunia hiburan tanah air dikhabarkan dengan berita lepas seorang demi seorang artis wanita kita mengambil keputusan untuk berhijab. Diharapkan penghijrahan mereka itu dilakukan dengan hati yang ikhlas dan bukannya semata-mata publisiti dan mahu meraih pujian.

Bagaimanapun terbaru, pelakon Sheera Iskandar memberitahu selepas membuat keputusan untuk bertudung pada Ramadan lalu, ada segelintir pengikutnya di Instagram memberi komen-komen berbau negatif.

Bercakap kepada mStar online, Sheera, 29, berkata, dia juga dianggap riak kerana dilihat seperti sengaja ingin menunjukkan penghijrahannya itu kepada umum walaupun dia sebenarnya tidak pernah membuat pengumuman sudah berubah imej.

“Sebenarnya saya nak bagi komen pun takut kerana risau dengan pelbagai tanggapan masyarakat. Rasa kurang manislah bila orang memberi persepsi negatif pada kita.

“Lagipun saya tidak pernah membuat sebarang pengumuman (untuk bertudung), sekadar memuat naik foto saya seperti biasa di Instagram. Ada yang memberi komen buruk kononnya saya riak.

“Ada juga memberi komen bersifat sindiran dengan kata-kata seperti ‘nak pakai tudung, pakai betul-betul. Jangan nak gembar-gembur’. Rasa tak senang hati pula bila orang komen begitu,” katanya.

tambah Sheera, kebanyakan peminatnya menyokong perubahan itu dan dia berharap agar semua pihak mendoakan kebaikan dirinya.

Sementara itu, Sheera menganggap perubahan itu adalah perkara wajib untuk dia bertudung kerana peranannya sebagai wanita beragama Islam.

“Diakui terdapat beberapa dugaan selepas saya memakai tudung tetapi saya percaya semua ini ada hikmahnya. Semoga Tuhan terus tetapkan hati saya untuk berubah ke arah yang lebih baik,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.