Seorang Terbunuh, Helikopter Hantar Misi Bantuan Terhempas

Baghdad – Seorang juruterbang terbunuh manakala seorang ahli parlimen cedera apabila sebuah helikopter milik tentera yang dalam perjalanan untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada pelarian di utara negara ini terhempas di sini, semalam.

Jurucakap tentera perdana menteri, Qassim Atta berkata, Ahli Parlimen dari kumpulan Yazidi, Vian Dakheel, adalah antara yang mengalami kecederaan.

Laporan televisyen tempatan yang memetik jurucakap tentera, Qassem Atta sebagai berkata, helikopter MI17 terhempas kerana kerosakan teknikal di Gunung Sinjar di mana ribuan penduduk etnik minoriti Yazidi terkandas berkumpul selepas melarikan diri daripada militan Kumpulan Negara Islam (IS).

Pada sidang Parlimen bulan ini, Dakheel menitiskan air mata ketika menceritakan nasib rakyat dari puak itu terpaksa melarikan diri akibat tekanan pejuang Sunni ketika melancarkan serangan di utara Iraq.

Sementara itu, The New York Times melaporkan seorang wartawananya, Alissa Rubin turut mengalami kecederaan dalam nahas berkenaan. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.