Pelakon Buat Pembedahan Buang Tulang Rusuk Untuk Kurus

Manila – Aktres Mexico, Ariadna Thalia Sodi Miranda mendedahkan bahawa dia telah menjalani pembedahan membuang tulang rusuknya untuk kelihatan lebih kurus.

Lebih mengejutkan, aktres yang popular dengan watak Rosalinda dalam telenovela yang pernah polular di Malaysia suatu ketika dahulu turut menyimpanya dalam sebuah balang kaca sebagai kenangan.

Thalia, yang turut dikenali dalam iklan sabun di Filipina membuat pengumuman itu dalam satu program bual bicara pada minggu lalu selepas dipersoal mengenai bentuk badannya.

Elite Daily melaporkan sebelum ini pelbagai khabar angin mengenai perubahan bentuk badannya dan ada yang mendakwa dia telah kehilangan berat badan.

Perkara itu turut disahkan melalui laman sosial Instagram Thalia yang menulis bahawa dia sentiasa menyimpan tulang rusuk itu bersamanya.

“Kepada semua peminat saya di Filipina, di sini adalah bukti yang saya suka tulang rusuk. Saya akan pastikan ia akan sentiasa bersama saya,” tulisnya dalam laman Istagram.

Namun tiada kesahihan berhubung dakwaan yang dibuatnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.