Mat Sabu Persoal Tindakan PAS, Sokong Khalid Yang Dipecat Dari PKR

Beberapa pemimpin sederhana dalam PAS meluahkan harapan mereka melihat parti itu bersama Pakatan Rakyat, walaupun kepimpinan tertinggi enggan menyatakan pendirian mereka berhubung krisis menteri besar Selangor yang semakin meruncing.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, “Bagaimana kita (PAS) boleh menyokong Khalid apabila beliau tidak lagi dalam PKR?”.

“Beliau adalah seorang menteri besar Bebas sekarang. Tak ada isu lagi untuk kita menyokong Khalid,” katanya ketika ditemui di Pulau Pinang hari ini.

Krisis di Selangor memuncak apabila Khalid memecat enam anggota Exco daripada PKR dan DAP semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.