Man United Tundukkan Valencia 2-1

Manchester – Pemain gantian, Marouane Fellaini menyumbatkan gol pada minit terakhir perlawanan ketika Manchester United menundukkan Valencia 2-1 pada perlawanan pertama di bawah pengendalian pengurus baharu, Louis van Gaal di gelanggang sendiri, awal pagi tadi.

Pengurus kelahiran Belanda itu yang mengikat kontrak tiga tahun untuk mengambilalih tugas yang dikosongkan David Moyes di Old Trafford, gembira dengan prestasi anak buahnya selepas menang kesemua lima perlawanan pra musim sepanjang jelajah mereka di Amerika Syarikat.

Biarpun kemenangan yang dicatat awal pagi tadi hadir pada minit terakhir perlawanan, dia tetap kritikal bahawa pasukannya sudah bersedia untuk mengharungi musim baharu.

“Saya fikir ini adalah perlawanan terburuk kami. Banyak pemilihan yang kurang tepat, hantaran kurang kemas dan kami tidak memberi asakan mencukupi terhadap pihak lawan,” katanya.

Manakala pengurus baharu Manchester United, Louis van Gaal memilih Wayne Rooney sebagai kapten kelab berkenaan.

Penyerang England berusia 28 tahun itu mengisi tempat Nemanja Vidic selepas pertahanan Serbia itu meninggalkan kelab berkenaan pada penghujung musim untuk menyarung jersi Inter Milan.

“Bagi saya, selalunya amat penting untuk memilih seorang kapten. Wayne menunjukkan sikap terpuji dalam semua perkara yang dilakukannya.

“Saya kagum dengan ciri profesionalisme dan sikapnya serta menepati falsafah diri saya,” kata van Gaal dalam kenyataan kelab terbabit selepas United menang 2-1 ke atas Valencia pada perlawanan persabahatan di Old Trafford, awal pagi tadi.- AP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.