Krisis Selangor: 3 ADUN PKR, Akan Sertai Khalid Dalam Masa Terdekat

Kuala Lumpur – Selangor dilihat semakin meruncing apabila beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Selangor dikatakan akan meninggalkan parti dan menyertai Menteri Besar (MB) Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai ADUN bebas.

Difahamkan tiga ADUN PKR sudah hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan, terutama terhadap Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut sumber dalaman PKR, ADUN berkenaan juga akan mengumumkan perkara itu dalam masa terdekat selain mahu bersama di bawah pentadbiran Abdul Khalid.

“Kebanyakan pimpinan PKR juga tidak berpuas hati dengan tindakan Anwar yang melantik isterinya sendiri yang juga Presiden PKR sebagai calon MB.

“Namun semua masih tidak berani untuk berbuat apa-apa kerana bimbang hilang jawatan dalam PKR. Bagaimanapun, beberapa ADUN yang berani akan mengambil langkah meninggalkan parti,” kata sumber itu yang enggan mendedahkan identititnya.

Pada Isnin, Sultan Selangor memberi perkenan agar Abdul Khalid mengekalkan tugas sebagai MB Selangor.

Abdul Khalid, tokoh politik yang ‘muncul’ dalam arena politik menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Ijok pada 2007, antara lain perlu menghadapi ADUN Selangor khususnya daripada PKR yang telah “menyahkan” beliau daripada kepimpinan politik Selangor.

PKR memecat Abdul Khalid daripada parti itu pada Sabtu.

 

Baca : 3 ADUN Dijangka Keluar Parti Dan Sertai Khalid Ibrahim Sebagai Ahli Bebas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.