Hukuman Lelaki Rogol Kekasih Ditambah

KOTA BHARU – Nasib tidak menyebelahi seorang pelayan kedai makan apabila hukuman penjara enam tahun, dua sebatan yang diputuskan terhadapnya sebelum ini dinaikkan kepada penjara 10 tahun, lima sebatan oleh mahkamah tinggi di sini, pagi ini.

Keputusan dibuat Hakim, Datuk Azman Abdullah terhadap Mohd Johari Razmi, 25, selepas membenarkan rayuan oleh pihak pendakwaan.

Tertuduh didakwa merogol kekasihnya yang berusia 14 tahun sebulan di sebuah pondok di Kampung Wakaf Mek Zainab, di sini, pada jam 10 pagi, awal Januari 2012.

Azman dalam keputusannya berkata, hukuman itu dinaikkan bertujuan dijadikan sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang lain supaya tidak mengambil kesempatan terhadap remaja bawah umur.

Tertuduh sebelum itu, didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan dan didapati bersalah serta dikenakan hukuman penjara enam tahun dan dua sebatan oleh Hakim, Mohd Yusoff Yunus di mahkamah sesyen di sini, pada 21 Januari 2014.

Pihak pendakwaan bagaimanapun mengemukakan rayuan terhadap hukuman tersebut dan keputusan baru dibuat dengan menaikkan hukuman terdahulu kepada penjara 10 tahun dan lima sebatan, sekali gus membatalkan keputusan di mahkamah sesyen.

Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Wan Azimah Yaacob, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.