Hishamuddin Rais Label Kerajaan Selangor, Kerajaan PUK*!

Kuala Lumpur – Aktivis politik pakatan pembangkang, Hishamuddin Rais menyifatkan kerajaan campuran (PAS-UMNO-Khalid Ibrahim) di Selangor pimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai kerajaan ‘PUK*’.

Hisamuddin yang terkenal dengan komen-komen berbaur hasutan dan lucah itu turut melablekan bekas Setiausa Politik, Faekah Husin sebagai ‘anak dara yang kurang seks’.

Selain Khalid dan Faekah, dia turut mengkritik kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menuduh Rusia membantu pemberontak di ukraine menembak penerbangan MH17.

“Anwar tanpa sebarang bukti menuduh Rusia membantu pemberontak di Ukraine memembak MH17. Dia salah. China, India, Jerman, Belgium dan lain-lain tidak membuat sebarang kenyataan.

“Persoalannya, siapa nasihatkan Anwar?” katanya sebelum ini.

Dia yang juga merupakan seorang blogger tegar pakatan rakyat turut pernah mempersendakan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dan menganggap pemimpin itu “meroyan”.

“Kenapa tiba-tiba Hadi meroyan nak jumpa Najib.

“Tahukah Hadi di mana Najib sekarang,” tulisnya dalam laman mikro Twitter seperti mengajuk Pas kerana berulang kali mengutarakan perkara ini tanpa sebarang hasil.

Abdul Hadi pada peghujung tahu lagi pernah dipetik sebagai berkata, Pas sedia untuk bekerjasama dengan Umno termasuk berdialog bagi membincangkan pelbagai isu jika parti itu dipelawa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.