Gaza: Negara Arab Bermusuh Dengan Ikhwanul Muslimin, Mereka Tidak Akan Tolong Palestin – Dr Mahathir

Sepang – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata isu kekejaman Zionis terhadap penduduk Palestin dapat dihentikan jika Amerika Syarikat menghentikan sokongan mereka kepada Israel.

Beliau berkata, keadaan itu juga menyebabkan penduduk Palestin menderita lebih 60 tahun.

“Isu Palestin hanya boleh diselesaikan jika Amerika Syarikat berhenti memberi sokongan kepada Israel.

“Selagi Britain dan Amerika Syarikat tidak berhenti (memberi sokongan) ia tidak akan selesai,” katanya kepada pemberita selepas majlis Pelepasan Misi Bantuan Kemanusiaan Biro Kebajikan Umno/Kelab Putera 1Malaysia ke Gaza, Palestin oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Mengulas mengenai kedinginan negara Arab lain untuk menyelesaikan kemelut antara Israel dan Palestin, Dr Mahathir berkata negara-negara Arab ini menganggap pejuang Hamas berbaik-baik dengan Ikhwanul Muslimin.

“Mereka (negara Arab) bermusuh dengan Ikhwanul Muslimin, jadi mereka tidak akan menolong dan berpendapat perkara tersebut akan menimbulkan masalah,” katanya.

Beliau juga membidas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) kerana tidak mampu menyelesaikan kemelut antara Palestin dan Israel.

Sementara itu, mengenai sumbangan yang diberikan rakyat Malaysia kepada Gaza, beliau berkata: “Saya berbangga semua rakyat Malaysia tidak kira kaum dan agama membantu rakyat Palestin di Gaza kerana di sana berlaku penindasan dan ketidakadilan yang luar biasa”.

Dalam perkembangan lain, beliau menganggap Kumpulan Negara Iraq dan jajahannya (ISIL) merupakan gerakan yang memecahbelahkan umat Islam dan tindakan mereka menembak orang Islam di Iraq tanpa belas kasihan amat menyedihkan.

“Ini bukan cara orang Islam yang dibenarkan. Sesiapa yang campur ISIL mereka silap jalan dan tidak faham ajaran Islam yang sebenar,” katanya.

2 thoughts on “Gaza: Negara Arab Bermusuh Dengan Ikhwanul Muslimin, Mereka Tidak Akan Tolong Palestin – Dr Mahathir

  • August 13, 2014 at 3:01 pm
    Permalink

    Allah perliharalah kesihatan ketua yg kami sanyangi Tun.M d jauhilah dia drp perkara2 jahat !.

    Reply
  • August 14, 2014 at 11:28 am
    Permalink

    ISIS bukan saja menembak tapi menyembelih, memancung, menyeksa dan merogol

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.