Bekas Exco DAP Dakwa Kerajaan Selangor Disabotaj, Kecewa Dengan Tindakan PAS

Shah Alam – Exco DAP, Ean Yong Hian Wah berkata beliau kecewa dengan PAS yang hadir pada mesyuarat itu hari ini dengan menyifatkan parti itu “tidak menunjukkan semangat Pakatan Rakyat”.

“Saya kecewa dengan PAS kerana mereka sertai mesyuarat hari ini. Ini menunjukkan mereka tidak ada semangat Pakatan Rakyat.

“Saya akan bekerja macam biasa. Saya juga minta supaya Pakatan Rakyat mesyuarat secepat mungkin untuk bincang perkara ini,” katanya yang juga ADUN Sri Kembangan.

Manakala seorang lagi bekas Exco DAP, Ganabatirau Veraman berkata, beliau hadir ke pejabatnya seperti biasa hari ini bagi menyelesaikan beberapa tugasan.

Sementara itu, ketika ditemui media, Exco DAP Datuk Teng Chang Khim pula berkata kehadirannya hari ini membuktikan kerajaan Selangor masih lagi wujud walaupun mendakwa telah “disabotaj” oleh seorang ADUN Bebas.

Katanya, beliau turut mempersoalkan kenyataan Khalid sebelum ini yang mengatakan Sultan Selangor telah memperkenan pemecatan enam exco daripada DAP dan PKR semalam.

“Kerajaan Pakatan masih ada. Ia masih ada tetapi telah disabotaj oleh ADUN Bebas Selangor. Kehadiran saya di sini membuktikan yang kami (Pakatan) masih ada di sini.

“Khalid selalu bercakap mengenai protokol. Saya cuma nak tahu, protokol yang mana Khalid guna yang mengatakan ia (pemecatan) disetujui oleh Sultan,” katanya lagi.

One thought on “Bekas Exco DAP Dakwa Kerajaan Selangor Disabotaj, Kecewa Dengan Tindakan PAS

  • August 13, 2014 at 5:56 pm
    Permalink

    ketara sungguh dunggu dan bebal adun nihh….hahaha

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.