Azizah Rayu PAS, Timbang Keputusan PKR Calon Dirinya Sebagai MB Selangor

Petaling Jaya – Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merayu PAS agar menimbang keputusan PKR dalam isu calon wanita sebagai menteri besar Selangor.

Pada ketika ini, PKR sudah memilih Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, namun hanya DAP menyetujui keputusan tersebut.

“Parti kami sudah pilih satu calon, PAS perlu pertimbangkan. Kami sudah pilih calon,” kata Dr Wan Azizah yang ditemui selepas menghadiri mesyuarat Biro Politik di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya malam tadi.

PAS sehingga hari ini masih tidak menyatakan pendirian dalam krisis di Selangor, malah selepas pemecatan enam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) DAP dan PKR semalam, parti Islam itu masih belum membuat keputusan.

Apabila ditanya mengenai penolakan PAS kerana calon wanita yang diletak PKR, Dr Wan Azizah dengan sedih berkata:”Berilah peluang.”

Pada Isnin, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi membincangkan isu di Selangor, namun pertemuan tersebut gagal mencapai sebarang persetujuan.

Sumber memberitahu PAS tidak bersetuju dengan calon PKR yang meletak Dr Wan Azizah.

PAS juga berkata hanya akan menyatakan pendirian mereka selepas selesai bermesyuarat pada 17 Ogos ini.

Khalid ditolak partinya sendiri dan dipecat daripada PKR Sabtu lalu.

Bagaimanapun, Khalid berkata masih menteri besar yang sah selepas menyakinkan Sultan Selangor beliau memiliki sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau mengadap baginda di istana dan kemudian mengadakan sidang media menjelaskan statusnya sebagai menteri besar Selangor.

Khalid juga mencabar mana-mana exco yang tidak menyokongnya supaya meletakkan jawatan.

Semalam, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor jatuh apabila Khalid memecat enam daripada 10 exco daripada PKR dan DAP.

Kini hanya tinggal baki empat exco daripada PAS bersamanya.

2 thoughts on “Azizah Rayu PAS, Timbang Keputusan PKR Calon Dirinya Sebagai MB Selangor

  • August 13, 2014 at 12:21 pm
    Permalink

    Sudahlah Jijah, jadi MP Pmtg Pauh pun tak mampu, nak jadi MB elok dok rumah jaga laki dan cucu saja.Pengundi Pmtg Pauh pun dah meluat masa hang jadi MP dulu.Kalau jadi MB hancur Sgor, semua ikut cakap laki

    Reply
  • August 13, 2014 at 4:47 pm
    Permalink

    Its not about giving chance.Do you have the credibility to be one???

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.