SMK Dong muncul sekolah terbaik STPM 2022 Negeri Pahang – Soffi

- Advertisement -

RAUB: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dong telah muncul sekolah terbaik dalam STPM 2022 peringkat negeri Pahang.

Menurut Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan, Datuk Seri Ir Mohd Soffi Abdul Razak, SMK Dong dengan bilangan murid 26 orang telah memperolehi Gred Purata Sekolah (GPS) 3.81.

Ulas beliau lagi, kejayaan SMK Dong diikuti SMK LKTP Tersang, Raub dengan yang memperolehi GPS 3.52 mata, serta SMK LKTP Chini, Pekan 3.29 mata, SMK Tg Gemok, Rompin dengan GPS 3.25 mata, SMK Rompin, Rompin memperolehi GPS 3.23 mata.

SMK Triang, Bera yang memperolehi GPS 3.21 mata. SMK Sulaiman, Bentong dan SMK Jerantut, Jerantut dengan pencapaian 3.19 mata, SMK (A) Tg Ampuan Hajah Afzan, Jerantutdengan GPS 3.18 mata dan SMK Purun, Bera dengan GPS 3.17 mata

“Alhamdulillah, saya sempat bersama – sama dengan Pengarah Pendidikan Negeri Pahang di dalam satu Liputan Media Pengumuman Keputusaan STPM 2022 Sekolah – Sekolah Negeri Pahang bertempat di SMK Astana, Kuantan.

“Prestasi yang membanggakan telah dicapai oleh calon – calon STPM 2022 negeri Pahang dengan seramai 78 calon bersamaan 3.88% telah mendapat keputusan tertinggi iaitu PNGK 4.0 pada peperiksaan STPM 2022. Angka ini menunjukkan peningkatan sebanyak 1.03% berbanding STPM 2021. Daripada jumlah itu, 1 orang calon adalah pelajar aliran Sains, manakala 77 calon lagi adalah aliran kemanusiaan.

“SMK Dong, Raub dengan bilangan 26 orang calon telah muncul sekolah terbaik dalam STPM 2022 peringkat negeri Pahang dengan memperolehi Gred Purata Sekolah (GPS) 3.81 mata diikuti oleh SMK LKTP Tersang, Raub dengan yang memperolehi GPS 3.52 mata, serta SMK LKTP Chini, Pekan 3.29 mata, SMK Tg Gemok, Rompin dengan GPS 3.25 mata, SMK ROnpin, Rompin memperolehi GPS 3.23 mata. SMK Triang, Bera yang memperolehi GPS 3.21 mata. SMK Sulaiman, Bentong dan SMK Jerantut, Jerantut dengan pencapaian 3.19 mata, SMK (A) Tg Ampuan Hajah Afzan, Jerantutdengan GPS 3.18 mata dan SMK Purun, Bera dengan GPS 3.17 mata.” Katanya.

Dalam pada itu, bagi Pencapaian Khas STPM 2022 pula, SMK Triang, Bera (sekolah yang melahirkan calon yang mendapat PNGK 4.0 paling ramai) iaitu seramai 8 orang

“SMK Dong, Raub sekolah paling cemerlang dengan pencapaian 100% calonya 4P dan GPS 3.81 (rekod baru pencapaian sekolah)

” Anugerah Murid Orang Asli Terbaik Kebangsaan berjaya disandang oleh Mazwrin Faulin a/p Mohd Azlin dengan skor PNGK 3.84 (2A 2A-) daripada SMK Muadzam Shah, Rompin.” ujar Soffi.

Beliau juga mengucap tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan STPM 2022.

“Bagi pelajar yang mendapat kejayaan yang kurang memuaskan, diharap mereka tidak berputus asa.

“Hasil kejayaan yang dikecapi ini adalah daripada usaha gigih yang berterusan pelajar – pelajar, guru – guru dan ibu bapa .” katanya.

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat