Pelajar IPTA Nikmati Subsidi Tiket Penerbangan RM300 – Anthony Loke

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju melaksanakan inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar universiti awam bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, setiap pelajar yang layak akan menerima baucar bernilai RM300 dan ia boleh mula ditebus pada 15 Ogos ini.

Jelas beliau, pelaksanaan inisiatif subsidi pembelian tiket penerbangan dijangka memanfaatkan seramai lebih 56,000 pelajar universiti awam dengan implikasi kos keseluruhan berjumlah RM16.8 juta.

“Subsidi ini hanya sah untuk pembelian tiket penerbangan sehala atau dua hala bagi laluan penerbangan kelas ekonomi antara tempat asal dan tempat pelajar sedang menuntut.

“Ia boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan Malaysia Airlines, AirAsia, Batik Air, Firefly dan MYAirline,” katanya, semalam.

Ujar beliau, penebusan akhir baucar pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 Oktober dan perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.

“Majlis pelancaran rasmi inisiatif bantuan itu akan disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah universiti awam di Lembah Klang sebelum Hari Kebangsaan ini.

“Buat permulaan, kos subsidi tahun ini akan ditanggung Kementerian Pengangkutan dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) sebelum permohonan peruntukan daripada Kementerian Kewangan (MOF) dibuat pada tahun berikutnya,” katanya.

Katanya, inisiatif ini akan dilaksanakan melalui kaedah pemberian kredit yang mana syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada setiap pelajar yang layak untuk ditebus.

Anthony berkata, beberapa syarat dikenakan termasuk pelajar yang layak mestilah warga Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di universiti awam tahun ini.

Pelajar yang layak juga mestilah berasal dari Sabah, Sarawak atau Labuan (berdasarkan alamat tetap) dan sedang menuntut di Semenanjung dan begitu juga sebaliknya.

“Syarat lain termasuk pelajar itu mestilah berasal dari Sabah (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sarawak atau Labuan dan juga sebaliknya,” jelasnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat