Man United dan Kohler Co Jalin Kerjasama

KUALA LUMPUR – Manchester United dan Kohler Co, jenama gaya hidup global, menjalin kerjasama yang menyaksikan logo jenama syarikat itu dipaparkan pada lengan baju pasukan lelaki dan wanita Manchester United.

Perkongsian global bagi tempoh beberapa tahun itu menjadikan Kohler ‘rakan lengan baju’ yang pertama bagi kedua-dua pasukan Manchester United berkenaan, menurut satu kenyataan hari ini.

“Manchester United dan Kohler akan meraikan perkongsian itu dengan peminat United pasukan itu di seluruh pelusuk dunia pada 19 Julai apabila baju baharu untuk perlawanan di tempat sendiri bagi musim 2018/19, yang akan diperkenalkan pada minggu depan, dipakai buat pertama kalinya oleh pasukan lelaki dalam perlawanan pembukaan bagi Jelajah 2018,” katanya.

Pasukan itu akan menentang Kelab Amerika di Phoenix, Arizona.

“Baju kami itu lebih daripada sekadar suatu untuk kami pakai, ia merangkumi keghairahan peminat kami dan kesetiaan mereka kepada kelab itu,” kata Pengarah Urusan Kumpulan Manchester United, Richard Arnold.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Kohler Co, David Kohler berkata perkongsian itu memberi peluang baharu kepada syarikat mempamerkan kualiti produk dan perkhidmatannya dengan peminat yang penuh bersemangat bagi pasukan sukan yang paling luas jangkauannya serta paling dihormati di planet ini.

Perkongsian itu juga termasuk penyertaan bersama dalam aktiviti pada hari perlawanan, penambahbaikan yang berinovatif kepada kemudahan kelab, kemapanan global dan projek-projek tanggungjawab sosial dan kerjasama rakan yang lain dengan peminat Manchester United dan pelanggan dan rakan sekutu Kohler.

Kohler Co adalah peneraju dalam reka bentuk serta inovasi produk dapur dan mandian manakala Manchester United merupakan antara pasukan sukan paling popular dan berjaya di dunia.

Maklumat lanjut boleh diperoleh di https://www.manutd.kohler.com. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.