Video: Mahkamah Ketepi Tuduhan Rafizi Hina Ahli UMNO

KUALA LUMPUR  – Mahkamah Tinggi hari ini mengetepikan sabitan Ahli Parlimen PKR, Rafizi Ramli daripada tuduhan menghina ahli UMNO menerusi wawancara sebuah akhbar pada tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Ghazali Cha memberitahu, sabitan terhadap Rafizi mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan itu tidak dapat dipertahankan.

Beliau juga mendapati pihak pendakwa gagal membuktikan Rafizi berniat begitu dan ia adalah faktor penting untuk sabitan kesalahan.

Januari lalu, Rafizi didapati bersalah mengeluarkan kenyataan mengaib dan membangkitkan kemarahan ahli UMNO.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.