Uniform Hannan Airlines Dapat Perhatian Dunia

Inisiatif Hannan Airlines menukar uniform krew kabin mendapat perhatian dunia.

Pengarah penjenamaan Hainan Airlines, Xu Fei berkata, adaptasi dunia fesyen haute couture, syarikat penerbangan itu telah berkolaborasi dengan pereka fesyen Laurence Xu bagi menghasilkan koleksi terbaharu anak kapalnya.

Diinspirasikan daripada dres tradisional China iaitu Cheongsam, uniform itu disuntik elemen moden ala Barat namun mengekalkan keaslian corak awan, ombak dan buruk mistik China, Roc.

“Kita bukan hanya mencipta uniform baharu tetapi menunjukkan kepada dunia betapa antarabangsanya imej kami,” katanya.

Versi uniform lelaki diringkaskan sedikit namun menonjolkan gaya Barat. Ia dipadankan dengan double-breasted overcoat dan sedikit elemen budaya China.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.