Tiz Zaqyah Elak Laki Orang, Duda

Aktres Tiz Zaqyah yang putus cinta sejak setahun lalu, mengakui buat masa ini hatinya belum terbuka untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki.

Menurut Tiz, dia kini lebih seronok menikmati kehidupannya yang lebih mudah tanpa sebarang masalah dalam sesebuah hubungan.

“Saya gembira dengan kehidupan sekarang kerana tidak pening kepala dan asyik bergaduh. Buat masa ini kita buat sahaja apa kita suka.

“Saya percaya kalau ada jodoh itu, ia akan sampai juga, tapi kalau boleh biarlah yang belum pernah berkahwin,” ujarnya, lapor mStar.

Katanya, kegagalan bercinta membuatkan dia lebih matang dan terbuka berkongsi soal peribadi. Namun begitu, Tiz lebih memilih dalam berkongsi hal peribadi di laman-laman sosial.

“Dulu memang rasa seronok berkongsi apa sahaja di laman sosial, tapi sekarang saya jarang berkongsi terutama hal peribadi,” ujarnya.

Perkembangan lain, Tiz bakal muncul menerusi filem televisyen, Memori Pajeri Nenas yang akan ditayangkan di Astro First Eksklusif, saluran 480 mulai 20 Julai depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.