Pesawat Air Canada Nyaris Mendarat Di Atas Pesawat Lain

WASHINGTON – Pihak berkuasa penerbangan Amerika Syarikat (AS) sedang menyiasat kejadian sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Air Canada yang nyaris mendarat di lalu­an sesak berdekatan terminal Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco dan bukannya di landasan, kata pihak berkuasa kelmarin.

Menurut AFP, pesawat jenis Airbus A320 itu menerima kebenaran untuk mendarat di Landasan 28-Kanan lapangan terbang itu sebelum tengah malam pada Jumaat lalu, kata Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA).

“Bagaimanapun, juruterbangnya secara tidak sengaja membuat persediaan untuk mendarat di jalan rayap C yang terletak selari dengan landasan itu.

“Seorang pegawai kawalan trafik kemudiannya mengarahkan jet itu terbang dan membuat pusingan. Pesawat itu kemudian mendarat tanpa sebarang insiden.” kata FAA dalam satu kenyataan, lapor Kosmo.

Sebanyak empat kapal terbang beratur di jalan rayap C, menunggu kebenaran untuk memasuki landasan dan berlepas apabila pesawat Air Canada bersama 135 penumpang dan lima anak kapal itu di dilencongkan oleh menara kawalan.

Sehubungan itu, FAA sedang menyiasat jarak antara Penerbangan AC759 itu dan kapal-kapal terbang yang beratur di jalan rayap C semasa kejadian.

Pesawat Air Canada itu berlepas dari Toronto menuju ke San Francisco,

Insiden itu mula dilaporkan oleh akhbar The Mercury News yang memetik pakar-pakar penerbangan sebagai berkata, situasi itu nyaris mengakibatkan kemalangan dahsyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.