Peminat KPop Tegar Bantah Fattah Amin Jadi Hero Coffee Prince

Drama Coffee Prince menjadi kegilaan peminat-peminat drama Korea satu ketika dulu.

Terbaru pengarah drama popular, Michael Ang bakal membuat remake Coffee Prince dan akan muncul di kaca TV mulai November 2017 seperti yang dilaporkan Eh.

Mengetahui bahawa Fattah Amin bakal muncul sebagai hero drama ini, peminat-peminat tegar Korea sekali gus membantah dan menolak Fattah untuk berlakon sebagai watak hero yang pernah dilakonkan Goong Yoo di dalam drama tersebut.

Antara barisan pelakon yang akan memegang watak utama dalam drama ini selain Fattah adalah, Janna Nick dan Hafidz Roshdi.

Bantahan ini mungkin kerana mereka merasakan ada pelakon lain yang lebih layak untuk melakonkan watak tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.