Peguam Ke London Bukan Tanda Sarawak Mahu Keluar Malaysia – Abang Johari

KUALA LUMPUR — Tindakan Sarawak menghantar pasukan peguam ke London bukan menandakan negeri itu mahu keluar daripada persekutuan Malaysia, kata ketua menteri.

Datuk Amar Abang Johari Openg sebaliknya berkata pentadbirannya mahu meneruskan usaha pendahulunya Tan Sri Adenan Satem untuk memastikan kelangsungan kuasa autonomi negeri itu, lapor The Borneo Post Online.

“Tok Nan (Adenan) yang mulakan usaha ini untuk meneruskan kuasa autonomi Sarawak berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan saya akan menyambung legasi, tetapi kita tidak akan teruskan buta-buta,” katanya sepeti dilapor portal itu.

Timbul persoalan terhadap motif Abang Johari menghantar pasukan peguam ke London, ada yang menganggap ia menggunakan perbelanjaan yang tidak perlu.

Namun Abang Johari mempertahankan objektif rombongan itu untuk mengesahkan beberapa fakta bagi membolehkan kerajaan negeri mempunyai asas perundangan yang kukuh untuk meneruskan haknya seperti yang terdapat dalam perjanjian.

“Kenapa orang takut kami hantar kumpulan peguam ke London, termasuk beberapa daripadanya daripada Semenanjung? Apa yang hendak ditakutkan? Kami akan kekal Malaysia dan itu faktanya.

“Apa hak Sarawak, kembalikan. Semudah itu,” katanya. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.