Pasangan Nenek, Remaja Bulan Madu Jadi Perhatian

Jakarta – Pasangan Selamat Riyadi remaja berusia 16 tahun untuk membawa isterinya, Rohaya berbulan madu di Jakarta akhirnya tercapai dijemput menghadiri satu program bual bicara di sini.

Menurut Agensi, Selamat dan Rohaya, 71, mencetuskan fenomena apabila berita perkahwinan pasangan berbeza umur 55 tahun itu tersebar di media sosial baru-baru ini.

Kelmarin, pasangan itu berlepas ke Jakarta selepas dijemput stesen televisyen Trans7 untuk menghadiri satu program bual bicara.

“Sebelum berkahwin memang saya berhasrat mahu membawa isteri berjalan melihat Tugu Monas (Monumen Nasional).

“Kalau ada kesempatan pasti saya bawa ke sana nanti,” katanya yang dipetik Bangka Pos, lapor Metro.

Ketika tiba di lapangan terbang, pasangan itu juga dikerumuni orang ramai yang mahu bergambar dengan mereka.

Selamat kelihatan kurang selesa dengan tumpuan orang ramai tetapi Rohaya teruja bersalam dan bergambar dengan pengunjung di lapangan terbang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.