Nyaris Maut , Kayu Pagar Tembus Cermin Kereta

Preston Candover, England, – seorang pemandu muda bernasib baik kerana terselamat selepas cermin di hadapannya ditembusi dua kayu pagar.

Kejadian berlaku selepas pemandu itu terbabas dan merempuh pagar sebuah rumah.

Pasukan perubatan yang tiba ditempat kejadian selepas menerima laporan menemui pemandu terbabit yang cedera ringan di dalam kereta itu.

Dia dirawat di tepi jalan sebelum dibawa ke hospital di Winchester.

Seorang jurucakap perkhidmatan ambulans berkata: “Lelaki itu memang bernasib baik. Kayu itu hanya beberapa sentimeter dari kepalanya.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.