Nasi Lemak ‘Hello Kitty’ Curi Tumpuan Netizen

Nasi Lemak Hello Kitty kini mencuba nasib dengan membuat kelainan yang berbeza berbanding Nasi Lemak Anak Dara, Nasi Lemak Pondan, Spiderman dan sebagainya.

Walaubagaimanapun nasi lemak bertema pink dengan identiti kucing Hello Kitty telah berjaya menarik perhatian ramai netizen menerusi media sosial.

Biarpun baru seminggu mencuba nasib seminggu  ramai netizen yang nampaknya berminat untuk rasai nasi lemak Hello Kitty ini.

Dua sahabat, Nurul Aida Zulkifli dan rakan kongsinya, Zaharina Mohd. Tahar mendapat idea untuk menjual nasi lemak Hello Kitty berwarna pink itu dengan kereta Perodua Kelisa yang diubah suai mengikut karakter kartun terbabit.

Menurut Nurul Aida, 29; watak kartun kucing comel itu dijadikan tarikan untuk melariskan nasi lemaknya yang juga merupakan air tangan rakan kongsi, Zaharina, 32; dan dijual pada harga RM3.50 sepeket.

“Aksesori kereta saya semuanya ditukar warna pink, kereta dicat warna pink dihias dengan patung Hello Kitty bagi menarik pelanggan.

“Kami juga pakai pakaian warna pink serta memulakan perniagaan dari jam 7 pagi hingga 9 pagi,” katanya dipetik Sinar Harian.

Nurul Aida yang berasal dari Kampung Kok Pasir, Tumpat, Kelantan mengakui sudah menghabiskan sebanyak RM4,000 untuk modifikasikan keretanya itu.

Tambah ibu kepada dua anak itu, mereka juga menjual nasi lemak secara dalam talian dan menghantar kepada pelanggan dengan menaiki kereta Hello Kitty berkenaan.

“Petang Jumaat ini saya akan buka ‘carboot’ berniaga nasi lemak berdekatan dengan pasar raya besar Tesco di Kota Bharu.

Dia juga selalu update perkembangan nasi lemak dan mempromosikan di FB nya Mdm Ngoh Ediey. 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.