Muka Pelajar Berdarah, Kipas Jatuh Dalam Kelas

IPOH ― Kipas di siling sebuah kelas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Michael di sini, jatuh mengakibatkan seorang pelajar cedera.

Sam Ming Hui, 18, berada di tempat duduk ketika kipas jatuh di sisi dan mengenai mukanya sehingga berdarah.

“Ketika itu, saya guru sedang mengajar subjek Pengajian Am dan tiba-tiba kipas terjatuh di sebelah meja. Ia berlaku dengan pantas, saya terkejut dan tergamam, saya berasa sakit dan meletakkan tisu pada muka bagi menahan darah yang keluar,” katanya, lapor BH.

Sementara itu, gurunya kemudian membawanya ke bilik pengetua sebelum menghubungi keluarga dan dibawa ke hospital.

Dalam pada itu, bapa mangsa, Sam Yau Seng, 45, berkata luka di pipi anaknya kira-kira lima sentimeter panjang.

“Sukar untuk membayangkan jika kipas itu terkena pada anggota badan lain, mungkin boleh menyebabkan kecederaan yang lebih serius,” katanya dipetik Utusan Online.

Sehubungan itu, Pengetua T Gunalan berkata juruteknik memaklumkan kipas yang terjatuh kira-kira jam 9 pagi tadi akibat pengikat skrunya patah, bukannya kerana siling pecah.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Joseph Micheal Lee berkata semua kipas siling akan diperiksa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.