Mahkamah Rayuan Kurangkan Ganti Rugi NSTP Buat Lim

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) untuk mengurangkan jumlah ganti rugi yang perlu dibayar kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Pada asalnya NSTP diarah membayar ganti rugi sebanyak RM300,000 oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada Januari lalu.

Bayaran itu adalah ganti rugi atas suatu artikel berunsur fitnah berkaitan prosiding mahkamah pada tahun lalu.

Utusan Malaysia melaporkan panel tiga hakim diketuai Datuk Mohd Zawawi Salleh mengarahkan NSTP membayar RM150,000 kepada Lim.

Dua lagi hakim yang bersidang ialah Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Asmabi Mohamad.

Bagaimanapun panel terbabit tidak mengubah dapatan fakta Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan mengekalkan keputusan hakim bicara terhadap liabiliti.

Lim yang juga setiausaha agung DAP menyaman syarikat penerbit akhbar Berita Harian itu atas dakwaan fitnah.-Malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.