Konsert Coldplay : Peminat Kerusi Roda Curi Tumpuan

Kumpulan Coldplay baru-baru ini meneruskan rangkaian konsert jelajah dunia mereka di Dublin, Ireland, pada 9 Julai lalu.

Mmemetik BBC News, menariknya, ketika membuat persembahan, mereka dikejutkan dengan kehadiran seorang penonton berkerusi roda.

Mulanya, penonton yang dikenali sebagai Rob itu menyaksikan konsert ‘A Head Full of Dreams’ bersama ribuan peminat. Tiba-tiba, seorang penonton lain terjatuh dan terlanggar Rob.

“Dia sudah meminta maaf. Dia dan temannya kemudian berusaha mengangkat saya supaya saya boleh melihat konsert dari posisi yang lebih baik. Kemudian, Chris Martin melihat saya dan memanggil saya untuk naik ke atas pentas untuk bersama Coldplay,” katanya, lapor MD.

Menerusi rakaman sebuah video menunjukkan, Chris Martin juga membantu ketika Rob hendak naik ke atas pentas. Vokalis kegilaan ramai itu juga dilihat memeluk peminat tersebut dengan penuh mesra.

Bukan itu saja, Chris Martin juga memberikan sebuah harmonica kepada Rob. Mereka akhirnya berkolaborasi dan membuat seluruh penonton bersorak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.