Kantoi Hidang Daging Anjing Kepada Pelanggan Sejak 30 Tahun Lalu

Sibu – Pihak berkuasa telah melakukan Serbuan di sebuah kedai yang menjual menu istimewa berupa daging anjing sejak 30 tahun lalu.

Gerai makanan di Lorong Rambutan, di sini, diserbu Polis Diraja Malaysia dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Sibu dan Majlis Perbandaran Sibu (MPS).

Susulan serbuan jam 2.35 petang, pengusaha gerai makanan, lelaki berusia 54 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 428 kanun keseksaan.

Pegawai Veterinar Sibu, Dr Wong Kiong Keng berkata, serbuan dilakukan sebagai langkah pencegahan penularan wabak rabies di negeri ini selepas menerima aduan awam.

Bagaimanapun, beliau berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kesan dari hidangan anjing yang dijual di gerai itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.