Jamal Penyebab ‘Gangsterisme’ Dalam UMNO – PPBM Melaka

PETALING JAYA – Ketua Badan Pimpinan Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Melaka Mohd Redzuan Yusof menyifatkan bahawa tindakan provokasi yang sering dilakukan oleh Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Jamal Yunos secara tidak langsung telah menerapkan nilai ‘Gangsterisme dalam Umno.

Beliau berkata demikian ekoran dakwaan daripada PPBM Melaka yang mendakwa Ketua Armada Melaka, Ramlan Meon telah dipukul dan dipaksa memakan cili padi serta diugut oleh beberapa penyokong Umno dan anggota Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Ketika di temui Media di Pejabat PPBM di sini tadi, beliau berkata kekebalan yang dimiliki oleh Jamal memotivasikan lebih ahli Umno untuk melampaui batas seperti yang terjadi ke atas Ramlan.

“Perbuatan tersebut merupakan perbuatan jenayah yang serius yang membuktikan bahawa budaya gangsterisme telah sebati dan sinonim dengan parti Umnodan barisan Nasional.

“Kekebalan pimpinan Umno seperti Jamal telh memberi tiket dan memotivasikan ramai pemimpin dan penyokong Umno untuk bertindak secara melampaui batas dan meletakkan undang-undang sendiri,”katanya.

Ekoran daripda kes yang melanda Ketua Armada PPBM Melaka, mereka menuntut permohonan maaf  di atas insiden yang telah berlaku.

Terdahulu,  Ramlan mendakwa seorang kenalannya, yang adalah anggota Umno, memberitahunya untuk berjumpa pada 10 Julai lalu berhubung pertikaian mereka mengenai penggantungan bendera parti sebelum ini.

“Setibanya saya di restoran tersebut sekitar jam 8.40 malam, tiba-tiba saya melihat belasan sekumpulan lelaki sudah bersiap sedia menunggu saya.

“Saya ditumbuk beberapa kali di bahagian muka oleh (nama seorang lelaki) menggunakan alatan yang tidak dikenali dan kepala saya ditepuk beberapa kali.

“Saya dipaksa memakan segengam cili padi oleh (nama seorang lelaki) dan beberapa orang di kalangan mereka. Saya juga telah diugut untuk ditikam menggunakan pisau…,”ujarnya.

Pergaduhan ini dikatakan berkisar arahan menurunkan bendera BERSATU di Klebang, Melaka.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.