Hari Keputeraan Rasmi Agong Dipinda 9 September

PUTRAJAYA – Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V bagi tahun 2017 dipinda daripada 29 Julai ini kepada 9 September depan.

Menurut kenyataan daripada Jabatan Perdana Menteri, kerajaan bersetuju untuk tarikh Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong bagi tahun ini dipinda, seperti memetik Utusan.

“Adalah dimaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju supaya Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V bagi tahun 2017 dipinda dari Sabtu, 29 Julai 2017 kepada Sabtu, 9 September 2017,” kata kenyataan itu. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.