Guru Tekap Pengasah Pensel ‘Panas’

PORT DICKSON — Pipi seorang murid bengkak dan luka selepas ditekap dengan pengasah pensel ‘panas’ oleh gurunya.

Guru matematik itu didakwa menggosok alat itu beberapa kali di lantai sebelum meletakkan pada pipi kanan mangsa pada 11 pagi kelmarin, lapor Sinar.

Tindakan itu didakwa dibuat ekoran murid lapan tahun tersebut dikatakan bermain dengan rakannya di dalam kelas ketika guru itu mengajar.

“Kenapa guru itu bertindak sedemikian sehingga mencederakan wajah anak saya?” kata bapa murid itu.

Beliau, 32, berkata laporan polis sudah dibuat dan bercadang mengambil tindakan undang-undang jika guru itu tidak menemuinya.

Mangsa dirawat di Hospital Port Dickson.

Difahamkan, guru itu sudah memohon maaf melalui guru kelas mangsa menggunakan aplikasi WhatsApp kepada ibu murid itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.