FGV Lantik Tiga Bekas Pegawai Kanan FELDA

KUALA LUMPUR – Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) melantik Datuk Abu Bakar Harun dan Ab Ghani Mohd Ali sebagai pengarah bukan bebas bukan eksekutif berkuat kuasa semalam.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia semalam, FGV turut melantik Datuk Muzzammil Mohd Nor sebagai pengarah gantian bukan bebas bukan eksekutif.

Menurutnya, Abu Bakar, 56, sebelum ini menyandang tugas sebagai pengerusi jawatankuasa hal ehwal Felda Pahang manakala Ab Ghani, 59, merupakan pemangku pengarah besar Felda.

Muzzammil, 45, pula berkhidmat sebagai timbalan pengarah besar (pengurusan) Felda. – AntaraPos

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.