Berang Shisha Dirampas, 3 Lelaki Serang Penguatkuasa Guna Pedang Samurai

KOTA BHARU – Tiga lelaki menyerang anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dengan pedang samurai dan parang, malam tadi.

Sehubungan itu, tindakan mereka dipercayai kerana berang selepas anggota penguat kuasa menyita peralatan menghisap shisha mereka.

Dalam pada itu, suspek turut merosakkan dua kenderaan MPKB-BRI yang digunakan dalam operasi membanteras penjualan shisha.

Kemarahan mereka berlanjutan ke kediaman Ketua Unit Operasi MPKB-BRI Mohd Halimi Md Salleh yang terletak di berek 12, lapor Awani.

Suspek mengugut supaya perniagaan mereka yang menyalahi Seksyen 102 (2) Akta 171 Kerajaan Tempatan dan Undang-Undang Kecil Perniagaan tidak diganggu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.