50,000 Pengunjung Dijangka Meriahkan Karnival Ekspresi FELDA Di Putrajaya

PUTRAJAYA – Seramai 50,000 pengunjung dijangka memeriahakn Program Ekspresi FELDA Negaraku Malaysia sempena sambutan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan 2017 yang akan diadakan di Persiaran Perdana di sini pada 21 hingga 23 Julai ini.

Menurut Pengarah Publisiti Ekspresi FELDA Negaraku Malaysia, Datuk Akmar Hisham Mokhles, tujuan utama program tersebut diadakan untuk mendedahkan kepada orang ramai tentang pelbagai kejayaan yang telah dicapai oleh FELDA yang tidak diketahui.

“Kita ingin paparkan tentang pelbagai kejayaan yang telah dicapai oleh peneroka dan generasi anak-anak peneroka FELDA yang kini menjadi usahawan dan selebriti tanah air termasuk perkembangan FELDA sejak daripada awal penubuhan sehingga kini.

“Antara perkara lain yang ramai tidak tahu tentang FELDA ialah FELDA Lurah Bilut, FELDA Tun Ghafar termasuk FELDA di Sabag adalah terdiri daripada kaum-kaum lain dan bukan orang Melayu,” katanya pada taklimat media mengenai program tersebut di sini semalam.

Akmar Hisham yang juga Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri berkata, pihaknya akan membawa seramai 25,000 peneroka FELDA untuk datang ke Putrajaya bagi meraikan segala jasa dan pengobanan mereka selama ini.

“Ini merupakan hari khas untuk para peneroka dan kita mahu mereka datang ke Putrajaya dan melihat sendiri pencapaian yang telah mereka lalui dan lakukan bersama-sama dengan FELDA,” ujar beilau.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan merasmikan Hari Peneroka Kebangsaan 2017 pada 23 Julai dan beliau akan menyampakukan Anugerah Masjid Terbaik dan Tokoh Imam, Pingat Khidmat Bakti dan Anugerah Keceriaan Kampung FELDA yang menawarkan hadiah sebanyak RM1 Juta.

Dalam pada itu, Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Samad dijadualkan untuk menjadi panel dalam program Bicara Transformasi Nasional 2050 yang dikendalikan oleh Presiden Majlis Belia FELDA Malaysia, Fazly Hassan pada 22 Julai.

Antara tarikan utama sepanjang program tersebut ialah Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk Ekspresi FELDA Negaraku Malaysia: Bakti Disemai, Bukti Dituai, Pertandgingan Futsal Antara Parlimen, Pameran Jualan Upin Ipin, Autoshow dan Big Bikers, Pertandingan Zapin dan Dikir Barat Pertandingan Busker dan Petas Muzik, Konsert Ekspresi Negaraku oleh artis-artis FELDA serta selerbiti tanah air. – KOSMO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.