Samsung Lancar Edisi Baharu Galaxy A9 Pro

KUALA LUMPUR – Samsung Malaysia Electronics (SME) melancarkan telefon pintar Samsung Galaxy A9 Pro (2016), edisi terbaharu Siri Galaxy A 2016, semalam.

 

Telefon pintar terbaharu itu dilengkapi skrin paparan lebih besar serta kapasiti bateri, simpanan data dan kamera yang dipertingkatkan.

 

Ia yang didatangkan dalam pilihan warna hitam, putih dan emas, dijual mulai hari ini pada harga RM1,999 seunit, termasuk enam peratus GST.

 

Naib Presiden Unit Teknologi Maklumat dan Perniagaan Mudah Alih SME, Lee Jui Siang, berkata telefon pintar itu dilengkapi skrin super AMOLED enam inci berdefinisi tinggi, yang mampu memberi kualiti paparan visual lebih jelas dan menjadikan pengalaman melayari gajet yang lebih menarik.

 

“Ia sememangnya sesuai bagi mereka yang kerap menonton video atau melayari Internet bagi mendapatkan maklumat mengenai kafe pilihan,” katanya.

 

Tidak kurang menariknya, kata Jui Siang, adalah kemampuan telefon pintar itu dari segi ruang simpanan data. Selain ciri simpanan memori dalaman berkapasiti 32GB, ia turut menyediakan slot mikro-SD yang boleh ditambah dengan memori luaran sehingga 256GB.

 

“Bagi meraikan kehadiran Galaxy A9 Pro di Malaysia, SME turut menawarkan kad SD 64GB secara percuma bagi setiap pembelian yang memberi kapasiti tambahan sebanyak 16,000 foto,” katanya.

 

Jui Siang juga yakin ciri menarik telefon pintar Galaxy A9 Pro itu mampu menarik serta melengkapi gaya hidup kalangan warga bandar yang serba praktikal. – BERNAMA

 

Info Samsung Galaxy A9 Pro (2016)

 

* Kuasa baterinya mencecah 5,000mAH

 

* Dilengkapi unit pemproses lebih pantas

 

* Memori akses rawak berkapasiti 4GB bagi melancarkan lagi penggunaannya

 

* Dilengkapi kamera hadapan 8MP f/1.9 dan kamera belakang 16MP f/1.9 yang mampu menghasilkan kualiti gambar lebih jelas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.