Ketua Pemuda UMNO WP Jawab MCA

Menyamakan tindakan Tindakan Pemuda UMNO menghantar nota bantahan ke pejabat DAP sama dengan IS merupakan pandangan yang cetek akal.

 

Ti (Datuk Seri Ti Lian Ker) sepatutnya siasat terlebih dahulu kenapa nota bantahan itu di hantar.

 

Tanggunjawab menjaga keamanan bukan hanya satu pihak, sekira tidak ada provokasi daripada pihak DAP, bantahan itu tidak akan terjadi.

 

Provokasi Agama sepatutnya dijaga semua pihak, tidak kira mereka beragama apa, Budha ke Kristian ke, ia tanggunjawab semua.

 

Jadi, saya ingatkan Ti untuk terus mendidik Masyarakat menjaga nilai-nilai murni keamanan bersama tidak kira siapa dan berani menegur Nga Kor Ming yang mahu Negara yang agama rasminya Islam berkiblatkan Amerika Syarikat.

 

Sekian
Mohd Razlan Muhammad Rafii
Ketua Pemuda UMNO WP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.