Parti Baru Tunggu Kelulusan ROS, Kata Mat Sabu

Pengerusi Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru), Mohamad Sabu berkata, pihaknya sedang menunggu kelulusan dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk menjadikan pertubuhan itu sebagai parti politik.

 

Katanya, beliau sudah menghantar permohonan itu kepada ROS dan berharap mendapat kelulusan secepat mungkin bagi meneruskan kesinambungan perjuangan pakatan pembangkang.

 

“Permohonan untuk parti baru sudah dihantar kepada ROS. Kita sedang menunggu kelulusan.

 

“Penubuhan parti baru yang dinamakan Harapan Baru ini tidak ada kaitan dengan kekecewaan atau serpihan dari Pas.

 

“Kita tubuh untuk memperjuangkan wadah sebenar syiar Islam,” katanya pada sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini.

 

Turut hadir, Salahuddin Ayub, Khalid Samad, Datuk Mujahid Yusof, Dr. Dzulkifley Ahmad, Tan Sri Mohd Muhammad Taib, Shaari Sungib dan beberapa bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat.

 

Menurut Mohamad, Gerakan Baru akan mengadakan roadshow mulai 19 Julai ini untuk mendapatkan maklum balas daripada rakyat berhubung penubuhannya.

 

Jelas beliau, roadshow itu bermula dari Perlis hingga ke Sarawak yang diketuai beliau, Salahuddin dan Dr. Dzulkifley. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.