Lagi Kisah Pembeli Ditipu Peniaga Di Plaza Low Yat

KUALA LUMPUR – Rata-rata  pengguna laman sosial Facebook berkongsi pengalaman pernah menjadi mangsa penipuan premis menjual telefon bimbit dan komputer di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur.

 

Seorang pemilik akaun Facebook berkongsi pengalaman pernah menyelamatkan sepasang suami isteri yang hampir ditipu ketika sedang melakukan pembelian komputer riba di plaza berkenaan.

 

Hanya dikenali sebagai Aizuddin, dia simpati melihat suami isteri berkenaan tiba ke plaza itu untuk membeli komputer riba bagi diberikan kepada anaknya yang baru masuk ke universiti.

 

Aizuddin berkata, pasangan tersebut yang tidak mahir perihal gajet elektronik pergi  ke kedai terbesar di plaza itu.

 

“Salah seorang pekerja di situ menerangkan spesifikasi komputer riba yang dinginkan. Pekerja itu cuba menipu dengan menawarkan komputer riba menggunakan perisian lama pada harga RM1,500.

 

“Saya  memanggil  pasangan itu untuk menerangkan spesifikasi komputer riba yang boleh dibeli dengan harga tersebut. Mujur mereka tidak jadi beli komputer di premis itu.

 

Katanya, dia  akhirnya menjadi perantara pasangan itu membeli komputer riba.

 

Seorang mangsa dikenali sebagai Ayie berkata, dia pernah ditipu ketika membeli  telefon bimbit jenama Lenovo.

 

Ayie berkata, pekerja premis itu mengambil kesempatan menukar telefon kepada yang tidak asli ketika hendak mengambil hadiah pembelian.

 

“Pekerja berkenaan ke belakang dengan membawa telefon bimbit itu sekali. Selepas dia datang semula, saya memeriksa dan terkejut bila telefon bimbit itu telah ditukar.

 

“Memang marah ketika itu dan berlaku sedikit pertengkaran. Majikan kedai itu meminta maaf,” katanya. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.