Wabak JE : Syarat Baru Untuk Penternak Babi

Kuala Lumpur – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menguatkuasakan peraturan baru yang lebih ketat terhadap penternak babi bagi mengekang penularan wabak Ensefalitis Jepun (JE).

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata peraturan baru itu akan diumum dalam waktu terdekat.

“Kita mahu ladang babi mempunyai ‘buffer zone’ yang lebih selamat seperti jarak kandang babi dengan kawasan kampung atau petempatan manusia, berapa jauh atau berapa kilometer mereka boleh bina kandang babi.

“Jika kandang babi dibina dalam radius berkenaan, kita tak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan dengan menutup kandang terbabit,” katanya semalam.

Ismail Sabri berkata penternak juga dicadang membina kandang secara tertutup selain mempunyai sistem kumbahan lebih sistematik.

Mengulas mengenai kes ikan patin yang didakwa diberi makan bangkai babi di Ipoh, beliau berkata pihaknya masih lagi menunggu laporan Jabatan Perikanan Perak bagi menentukan kebenaran dakwaan itu.

Katanya pihaknya juga akan mengkaji beberapa peraturan menurut Akta Perikanan bagi mengambil tindakan terhadap pengusaha kolam ikan yang didapati berbuat demikian.

“Beberapa perkara perlu diteliti sebelum kita nak ambil tindakan… buat masa ini kita hanya bagi nasihat kepada pengusaha-pengusaha lain agar tidak berbuat demikian (memberi makan bangkai babi) kepada ternakan ikan mereka.”
– See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/syarat-baharu-untuk-penternak-babi-elak-penularan-je-kata-ismail-sabri#sthash.jVtddDjU.dpuf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.