Ukraine Serang Pangkalan Kumpulan Pemisah Pro-Rusia

Kiev – Jet tempur Ukraine melancarkan serangan terhadap kumpulan pemisah pro-Rusia berhampiran sempadan Rusia, selepas Presiden Ukraine, Petro Poroshenko memberi jaminan membalas dendam ke atas serangan roket terhadap tentera Ukraine kelmarin.

Jet tentera udara menyasarkan posisi anggota pemisah yang menggunakan peluru berpandu berteknologi tinggi yang meletupkan briged tentera kelmarin dan menyebabkan 23 orang tentera Ukraine terkorban.

Tentera udara juga menyasarkan bandar berhampiran Donetsk yang menjadi kubu kumpulan pemisah dan mereka turut memusnahkan pangkalan pemisah berhampiran Dzerzhinsk, menurut jurucakap operasi antipengganas, Andriy Lysenko.

“Menurut laporan awal, serangan tentera Ukraine mengakibatkan kira-kira 500 anggota pemisah maut dan memusnahkan dua kenderaan bersenjata,” katanya.

Tambah Lysenko, serangan udara ke atas pangkalan berhampiran Perevalsk turut memusnahkan dua buah kereta kebal, 10 kenderaan bersenjata dan mengorbankan kira-kira 500 pejuang pemisah. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.