Tewas 3-0 Dengan Belanda, Kempen Piala Dunia Memalukan Buat Brazil

Brasilia – Hajat Brazil untuk menebus aib dibelasah Jerman 1-7 pada separuh akhir bukan saja tidak kesampaian, malah tuan rumah terus dimalukan apabila dibenam 3-0 oleh Belanda pada penentuan tempat ketiga, sebentar tadi.

Dua tonggak pertahanan, Thiago Silva dan David Luiz bersalah atas dua jaringan yang dilepaskan juara lima kali itu dalam tempoh 16 minit permainan bermula, sekali gus memberi kekalahan terburuk buat Brazil dalam sejarah 39 tahun.

Luiz Felipe Scolari melakukan enam pertukaran daripada skuad yang dibelasah Jerman, namun ia tidak mampu mengelakkan mereka daripada menerima aib buat kali kedua berturut-turut.

Ketua pasukan, Silva melakukan kesilapan terbesar seawal minit ketiga apabila menjatuhkan Arjen Robben untuk menghadiahkan sepakan penalti kepada Belanda.

Robin van Persie menyudahkannya dengan sempurna untuk meletakkan Belanda mendahului 1-0.

Kesilapan Luiz pada minit ke-16 kemudian membawa kepada gol kedua Oranje, yang disempurnakan Daley Blind, sebeldum Georginio Wijnaldum melengkapkan kesengsaraan Brazil dengan menambah gol ketiga, seminit memasuki waktu kecederaan. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.