Sijil Kahwin Napoleon Bakal Dilelong Dengan Harga Setengah Juta

Paris – Sijil perkahwinan antara Napoleon Bonaparte dan isteri pertamanya akan dilelong oleh syarikat lelong Maison Osenat September ini.

Sijil itu bertarikh 8 Mac, 1796, sehari sebelum majlis perkahwinan diadakan. Sijil berkenaan dianggarkan dijual dengan harga €100,000 (RM 433,436.05) lapor artnet.news.

Ia ditandatangani oleh Napoleon dan Merie Joseph Rose Tascher de la Pagerie atau Josephine, Viscomtesse de Beauharnais. Perkahwinan ini merupakan kisah cinta paling agung dalam sejarah.

Sijil itu menyatakan pasangan itu akan: “Tidak akan bertanggungjawab dalam mana-mana hutang dan gadai janji yang dibuat oleh pasangan masing-masing,” dan mereka “tidak akan mempunyai harta bersama”.

Perkahwinan mereka dibatalkan pada 1810 kerana tidak mempunyai anak.

Lelongan itu akan dibuat di bandar pinggir dekat Paris. Ia turut melelong manuskrip dan objek lain dari tahun yang sama termasuk dokumen berkaitan penangkapan Napoleon pada 1794.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!