Ramai Suspek Ditahan Mungkin Faktor Serangan

KOTA KINABALU – Pengarah Operasi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Abdul Rashid Harun tidak menolak kemungkinan kumpulan penjenayah menyasarkan pasukan keselamatan negara susulan peningkatan penguatkuasaan di Semporna selepas ramai suspek ditangkap.
   
“Saya ingin mengingatkan kepada semua anggota dari semua agensi keselamatan kita di kawasan Esscom agar lebih  berhati-hati dan sentiasa siap sedia menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Lewat malam tadi, seorang anggota Pasukan Polis Marin terbunuh manakala seorang lagi hilang dipercayai diculik.

Dalam kejadian jam 11.10 malam itu, pasukan keselamatan itu diserang hendap sekumpulan lelaki bersenjata dalam kejadian di sebuah resort di Pulau Mabul.

Abdul Rashid menambah, pihaknya tidak boleh mendedahkan identiti mangsa untuk menjaga sensitiviti keluarga. – Bernama

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.