Pyongyang Lancar Peluru Berpandu Jarak Dekat

Seoul – Korea Utara melancarkan dua peluru berpandu jarak dekat bagi menyuarakan rasa marahnya terhadap latihan ketenteraan bersama antara Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

Peluru berpandu Balistik dilepaskan ke arah laut dari kawasan timur negara itu pada awal Ahad.

Menurut Kementerian Pertahanan Korea Selatan, peluru berpandu berkenaan mempunyai keupayaan untuk mencecah jarak sehingga 500 kilometer.

Susulan perkembangan itu, Seoul meningkatkan pemantauan sekiranya berlaku pelancaran tambahan.

Ia ujian yang kelima dalam tempoh kurang dari dua minggu.

Sebelum ini, Korea Utara melancarkan percubaan sama, ketika Presiden China, Xi Jinping melawat Seoul dan penganalisis melihatnya sebagai bantahan kerana Xi berkunjung ke Seoul terlebih dulu, sebelum ke Pyongyang.

Terdahulu, negara komunis itu mengutuk keras latihan tentera laut antara seterunya dengan Washington pada 16 hingga 21 Julai.

Ia menyifatkannya sebagai provokasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.