PM Ucap Takziah Kepada Keluarga Koperal Ab Rajah Jamuan

Kuala Lumpur – Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah kepada ahli keluarga anggota Pasukan Polis Marin (PPM), Koperal Ab Rajah Jamuan yang terbunuh dalam serangan hendap sekumpulan pengganas di sebuah resort di Pulau Mabul, malam tadi.

Perdana Menteri berkata, kerajaan akan berusaha sedaya upaya mencari dan menyelamatkan seorang lagi anggota PPM, Konstabel Zakia Aleip.

“Takziah kepada keluarga Koperal Rajah Jamuan yang gugur di Mabul. Kita akan lakukan sedaya upaya untuk cari dan selamatkan Konstabel Zakia Aleip,” katanya dalam akaun Twitter milik beliau, hari ini.

Dalam insiden serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata itu, Rajah yang merupakan anggota Pasukan Polis Marin terbunuh manakala Zakia hilang dipercayai diculik.

Pengarah Operasi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), Datuk Abdul Rashid Harun berkata penyerang yang menggunakan senjata berat berkenaan membuat serangan hendap dan membunuh anggota polis marin berkenaan kira-kira pukul 11.10 malam tadi.

Menurut Abdul Rashid, selepas melakukan serangan itu kumpulan terbabit melarikan diri ke perairan negara jiran.

 

Baca : Anggota Polis Marin Terbunuh Di Semporna

Baca : Makan Malam Terakhir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.