Pengedar Dan Penagih Dadah Dicekup

Pagoh – Empat lelaki dicekup dalam satu serbuan yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar dipercayai pengedar dan penagih dadah di sekitar Pagoh pagi Sabtu.

Serbuan dibuat di sebuah rumah di Paya Redan, dan polis menemui pelbagai jenis dadah dipercayai jenis heroin, ganja dan syabu untuk bekalan kepada penagih di Pagoh, Panchor dan kawasan sekitarnya.

Kesemua suspek dibawa ke JSJN IPD Muar untuk disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, ACP Azman Ayob menasihatkan masyarakat sekeliling menyalurkan maklumat jenayah kepada pihak berkuasa bagi mengekang aktiviti tidak bermoral daripada terus berleluasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.