Pendakwah Islam Australia Didakwa Terlibat Dengan Pengganas Ditahan

Cebu – Joan Montayre, wanita yang ditahan dengan suspek pendakwah jihad Australia, Robert Edward atau Musa Cerantonio, menafikan suaminya terlibat dalam aktiviti pengganas.

Dia hanya mengaku suaminya memuat naik video di Internet untuk menyebarkan agama Islam.

Joan menegaskan suaminya seorang lelaki yang baik dan mereka harmoni sejak mendirikan rumah tangga tahun lalu. Mereka bertemu di Cebu, Filipina.

Joan sebelum ini beragama Roman Katolik dan memeluk agama Islam pada 2007, lapor Sky News.

Walau bagaimanapun, Joan mengaku tidak tahu bahawa suaminya tinggal lebih masa di negara itu kerana dia sibuk dengan perniagaan fesyennya.

Musa ditahan di Cebu, Filipina pada Jumaat selepas waran untuk penghantaran pulang ke negaranya dikeluarkan.

Biro Imigresen berkata pasport Robert dibatalkan 7 Julai lepas, selepas polis perisik Australia mengenal pasti dia sebagai seorang yang memberi pesanan kepada suspek pengganas dan menggalakkan pelampau.

Joan ditahan kerana bersubahat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.