Militan Filipina Tahan Warga Australia

Manila – Filipina semalam menahan seorang warga Australia yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan militan luar selepas dia menggesa rakyat Muslim negara ini untuk memberi sokongan kepada konflik di Iraq dan Syria serta merekrut mereka untuk ke Asia Barat.

Penahanan itu merupakan yang pertama kali di Asia Tenggara yang mempunyai hubungan dengan kumpulan militan luar yang menyokong konflik di negara berkenaan.

Robert Cerantonio ditahan oleh unit khas SWAT dan polis Australia di pangsapurinya yang terletak berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Mactan-Cebu, di tengah Filipina.

“Dia telah merekrut rakyat Islam Filipina untuk berjuang di Iraq dan Syria. Kami juga sedang dalam usaha untuk mengesahkan laporan bahawa rakyat Islam Filipina terlibat dalam rekrut anggota militan,” kata seorang pegawai perisik yang enggan dikenali. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.